Jun 24

JAMUAN SAMBUTAN HARI GURU SKTT 2014

10303800_875425602472530_105855754295488938_n

Pada Malam 16 May 2014, satu majlis jamuan meraikan guru-guru di SK Tambun tulang telah diadakan bertempat di hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Majlis gilang-gemilang itu telah dihadiri hampir ke semua guru-guru SK Tambun Tulang. Semoga semua guru terus berkhidmat dengan cemerlang. Terima kasih cikgu.

Oct 17

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


Pada 10 Oktober 2012, Panitia Pendidikan Islam SK Tambun Tulang telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk pelajar-pelajar tahun. Menurut ketua panitia Pendidikan Islam En. Asri Ahmad, kursus ini amat bermanfaat dah mendapat sambutan yang luar biasa bukan sahaja dikalangan murid malah guru-guru juga turut hadir. Sekalung tahniah kepada penganjur dan peserta…Syabas!

Oct 01

Kejohanan Olahraga SKTT 2012

Kejohanan Olahraga tahunan SK Tambun Tulang telah diadakan pada 26-27 Jun 2012 di Padang Sekolah sekolah. Tahniah kepada rumah sukan Kuning kerana telah mendapat johan secara keseluruhan. Syabas juga kepada semua guru dan peserta-peserta yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.